PASIR PUTEH: Mendengar takbir raya bergema di tengah lautan biru semasa Hari Raya Aidilfitri membuatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Muhammad Shahrul Rizal Zamri, 36, teringat-ingat dan merindui air tangan ibunya untuk dijamah pada 1 Syawal.
Mana tidaknya, ini merupakan tahun kelima anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu tidak pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.
"Biasanya pada 1 Syawal ibu akan masak burasak dan coto makassar. Ini merupakan makanan kegemaran saya.
"Tetapi apakan daya demi tugas kepada negara, semua itu terpaksa dilupakan," katanya yang merupakan anak sulung daripada lima beradik.
Lebih memilukan hati apabila Aidilfitri tahun ini beliau tidak dapat berada di sisi isteri yang dijangka bersalin anak kedua pada awal Syawal.
Muhammad Shahrul Rizal memberitahu, dia hanya mampu menitipkan doa buat isteri tercinta yang berada di Pasir Mas kerana sepanjang musim perayaan ini beliau terpaksa berlayar demi menjaga keselamatan negara.
Bagi Ketua Jurutera Maritim Malaysia Kelantan, Mohamad Norazlee Ekhwan, 48, beraya di atas kapal merupakan rutin baginya dan ahli keluarga terutama isteri serta empat anaknya di Johor sudah memahami.
"Bila dikenangkan memang sedih tetapi apakan daya ini tuntutan kerja.
"Untuk mengubat kerinduan dari jauh saya dan anggota yang lain akan memakai baju Melayu setiap kali 1 Syawal.
"Kami di atas kapal juga akan menikmati juadah raya seperti nasi impit kuah kacang, lemang dan sebagainya. Semua ini dimasak bersama-sama bagi menghilangkan rasa sedih dan menceriakan sambutan hari raya di perantauan," katanya.
Sementara itu anggota navigasi, Haziq Aiman Abdul Aziz, 26, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan pula walaupun masih bujang tetapi hati tetap meronta-ronta untuk menyambut raya bersama keluarga.
Namun katanya, rakan-rakan setugas sepanjang pelayaran banyak membantunya menghilangkan rasa sedih setiap kali perlu bertugas di Aidilfitri.
Ujar beliau, beraya dengan keluarga dan rakan-rakan sangat berbeza tetapi bagi mengubati hati pelbagai cara yang dilakukan antaranya mereka pernah terjun ke dalam laut dengan berpakaian lengkap baju Melayu.
"Setakat ini hati masih kental. Selain kerinduan terhadap keluarga, kami yang bertugas di lautan perlu berdepan dengan cabaran mabuk laut serta cepat dahaga kerana berpuasa di sini tidak sama seperti di daratan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 10 2024
Anggota Maritim Malaysia Kelantan meraikan Aidilfitri di lautan biru demi menjaga keamanan negara.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.